Kisah Cinta



Bermula dari rakan sekerja -> kawan dan akhirnya......

Asalnya kami hanya kawan sekerja... Aku di bahagian ofis dan dia di bahagian selenggara... Lama kami berkawan.... kawan jer x lebih dari itu... Sape tau jodoh masing2kan... tahun 2006 merubah segalanya... kami semakin akrab dan timbul rasa sayang... dua2 belah keluarga mengetahui hubungan kami dan kata putus diambil.... bulan Jun kot keluarga dia merisik aku dan mereka menetapkan perlangsungan majlis kami hujung tahun 2006... Hari berganti hari , segala persiapan dibuat... aku memilih tema hijau kerana memang itu impianku tambahan pula itu warna favouriteku dari dulu hingga kini..biarlah ia diabadikan dalam memori indah ini....untuk tetamu yang hadir aku sediakan cenderahati hasil tanganku sendiri....


Beginilah rupa pelamin ilham dari adik2 ku.... tema kayu kayan... perabot ukiran ihsan dari kraftangan malaysia....

23 Dis 2006
Majlis khatam Al-Quran
Aku diapit oleh adik bongsuku dan anak jiranku yang sudah kuanggap macam keluarga sendiri....surat berganti surah , ayat berganti ayat akhirnya tamat sudah majlis...

Tibalah masa untuk bersiap kerana majlis akad nikah akan berlangsung jam 11.30 pagi... mukaku di make over oleh Nani Hadzwani...


Majlis akad nikah
Majlis tersebut dilangsungkan di Surau Taman Permata , Ustaz Othman sebagai jurunikah.... Debaran kian rancak apabila dikhabarkan rombongan pihak lelaki telah tiba di tempat yang dijanjikan...

Haaa...ini lah dia orang yang bertanggungjawab mencuri hatiku....sekaligus bakal menjadi imam yang memimpin keluargaku....
Ayahanda tercinta mewalikan pernikahan ini.... "Aik bapa pengantin pula yang gemuruh..." terdengar sindiran dari tuan kadi.... Cian abah maklumlah aku anak perempuan pertama yang kahwin dulu...so mana abah ada experience kan...hatiku tiba-tiba sebak ntah kenapa.....syahdu pun ade gak...






Aku sah menjadi permaisuri hati si dia hanya dengan satu lafaz sahaja.....bermulalah episod baru dalam hidupku... Kini title ku bertukar BERKAHWIN bukan BUJANG lagi huhuhu....



Hantaran pihak perempuan dan lelaki.... terima kasih pada Kak Yong kerana sudi menyiapkan hantaran pihak perempuan (saya la tu...huhuhu...) thanx to my sponsors too....


Majlis ala-ala sanding









itu saja la kot......




No comments:

Post a Comment