Tuesday 25 August 2015

DIY Room Makeover

STEP-BY-STEP PAINTING

Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies


Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir - tak letak
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

Bahan B 
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus 

Bahan C
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar - tak letak
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar - guna badam

Cara-cara :
1.  Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila.  Putar hingga bergaul rata.
2.  Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata.  Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3.  Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa


Monday 24 August 2015

Rich Chocolate Pudding





Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

( sumber C&P : Dapur Ros/ sumber asal: Dapur Jun )



Tuesday 23 April 2013

tips kesihatan

PENTING MESTI AMBIL TAU

Simptom peranakan jatuh pada kaum wanita adalah seperti berikut :-1. waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
2. terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.
4. kalau kita berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan sengal.
5. cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. peha dan betis rasa kebas-kebas.

Actually kita sendiri boleh tau peranakan kita tu dah terturun atau berada di tempat sepatutnyer..

Bagaimana tu ya??

Bila kita baring..try letak ibu jari kita kat dlm pusat..kalo terasa ada cam nadi berdenyut..tu peranakan di tempat yg betul..tp kalo terasa kat bwh pusat..tu nk kena g urut la maksudnya ye..

Untuk lebih tepat dan afdal, pergilah berurut dengan yang pakar mengurut
SELF check

kalau nak lebih sure sila baring dan buat langkah-langkah seperti berikut :-1. baring lurus. jangan gunakan bantal.
2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun  
    especially di bawah pusat.
3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm... peranakan anda dan jatuh...


kaedah membetulkan peranakan yang jatuh secara tradisional
jangan cuba-cuba buat aksi ini jika anda belum kahwin lagi atau anda belum pernah melahirkan. bukan apa, selalunya masalah peranakan jatuh ni selalu berlaku pada ibu-ibu yang pernah melahirkan anak.. orang tua-tua kata peranakan kembang.. masa dalam pantang tak jaga betul-betul..


langkah-langkah membetulkan peranakan yang jatuh1. baring lurus. jangan gunakan bantal.
2. elok baring dengan posisi tapak kaki boleh jejak dinding.
3. mulakan urutan sendiri sesedap rasa.
4. bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama

    tarik bahagian yang berbenjol di atas tundun ke sebelah atas ( ke arah pusat).
5. buat langkah 4 beberapa kali. kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
6. rehat seketika sebelum bangun.


* nota penting :-
langkah-langkah di atas hanyalah sementara. sila dapatkan pakar urut wanita terutamanya yang ada pengalaman bidan bersalin.. bukan bidan hospital yer.. bidan kampung yang tahu mengurut wanita dalam pantang...

sebenarnya pengalaman peranakan jatuh sangat berbeza dari individu ke individu lain..dan kalau anda selalu mengalami masalah tersebut, sila jumpa doktor / pakar sakit puan untuk dapat penjelasan lanjut...


Thursday 1 November 2012

SUBHANALLAH...BESAR PAHALA MENGAMALKANNYA....

Khasiat Ayat Kursi :

☑ Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

...
☑ Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

☑ Baca setelah berwudhu,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

☑ Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

☑ Baca setelah sholat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

☑ Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil?
Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?

☑ Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

☑ Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

☑ Kenapa masjid semakin kecil?
Tapi bar dan club, semakin besar?

☑ Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis?
Tapi sangat susah untuk menemui Allah?

Pikirkan itu

☑ Apakah Anda akan memforward pesan ini?

☑ Apakah Anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan orang lain?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu. Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman."

Ada 2 pilihan untuk Anda:

1. Biarkan di dalam BBM, catatan atau pikiran Anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.
Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH...

Monday 22 October 2012

CoKLaT LaVa KeK


Meh aku share satu resepi mudah.. bahan2 pun mudah di dapati.. senang nak buat dan senang gak nak hafal.. hehehe.. boleh di hidang utk tetamu time minum2 petang... lg2 time musim hujan ni.. ecehhh... hehhe..

Bahan2 yg di perlukan :

Bekas muffin @ pun kalau korang ada bekas ramekin lg terbaik.. adunan ni cukup utk 3-4 bekas saje..


5 sudu besar butter tanpa garam (unsalted butter)

1 sudu besar serbuk koko


3 sudu besar tepung gandum


3 sudu besar gula pasir halus.. gula kastor pun boleh..

2 biji telor ayam ( di ambik kuning dan putih telor ) + 1 biji kuning telor saje.. kalau boleh guna telor ayam size A (besar)


3.5 oz @ secawan kecik dark coklat.. aku guna brand Beryl's yg aku beli kat kedai bakery..


1 sudu teh esen vanilla/ 1 penutup esen vanilla dan jugak secubit garam


Cara membuatnya :

1. Masukkan gula kedalam kuning telor.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker aje..


Hasilnya selepas di pukul.. sib baik tak masuk icu telor ni selepas di pukul.. kekekke


2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik, pastu masukkan dlm mikrowave..

Sila cairkan kedua2 mereka.. bg yg takde mikrowave boleh guna kaedah double boiler saje.. paham kannn..


Hasilnya selepas di cairkan.. kacau2 guna sudu kot2 la ada belen coklat yg lom cair lg..


3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula.. senduk pun boleh.. suka hati korang lee..


4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak


5. kemudian masukkan secubit garam


6. pastu baru masukkan serbuk koko.. kalau boleh sila ayak dulu..


7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum.. ayak jugak.. gaul sebati..


8. Hasilnya..


9. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..


10. simpan sekejap dlm peti ais (refrigerator) selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..


11. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 celsius.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..


12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..

Bila kek dah siap di bakar.. kuarkan dr loyang yg berisi air tersebut.. lekangkan acuan kek dgn menggunakan pisau di keliling kek tersebut sewaktu nak keluarkan kek dr acuan.. guna toothpick pun boleh..


13. Hias sesuka hati anda.. kena makan ketika kek masih panas/suam.. di makan bersama eskrem vanilla lg terbaikkk...